fbpx

Tenat! Suara peniaga makin tenggelam tanpa bela – Mila Jirin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mila

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga usahawan katering Mila Jirin menyuarakan rasa bimbang dan sedih mengenangkan nasib para peniaga termasuk dirinya apabila sekali lagi akan terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali yang ketiga.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, penyanyi yang popular menerusi lagu Persis Mutiara itu menyifatkan keadaan dan situasi yang dihadapi kebanyakkan peniaga kini berada dalam keadaan tenat.

“Makin tenat! Suara orang-orang berniaga tenggelam tanpa bela! Selepas ini akan timbul pula penyakit semua dibuang kerja,” tulisnya.

Ujar juara program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu lagi, keadaan yang berlarutan itu juga boleh menjejaskan sumber ekonomi rakyat apabila ada dalam kalangan mereka bakal dibuang kerja.

“Majikan dah mula angkat bendera putih (terpaksa buang pekerja). Jangan paksa majikan buat pengekalan pekerja bila subsidi upah pun hanya tinggal cakap semata-mata,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 34, juga menegur pelaksanaan PKP yang dijalankan kerajaan supaya menjadi lebih berkesan.

“Nak lockdown (perintah berkurung), betul-betul lockdown. Biar seorang pun tidak ada yang keluar rumah. Baru berkesan. Bukan Lockdown manja-manja, ada yang boleh, ada yang tidak boleh,” katanya.

Sekitar bulan Mei tahun lalu, Mila pernah menyuarakan kebimbangan tentang nasib 100 orang pekerjaanya selepas perniagaan perkahwinan dan katering yang diusahakan.

Lantas, dia telah mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan menjual kek dan pastry bagi meneruskan kelansungan syarikat dan pekerjanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI