fbpx

Geng Nicky: Polis Johor temui petunjuk baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilionair dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee yang mengetuai Geng Nicky bergambar bersama sejumlah wang sebelum melarikan diri.

JOHOR BAHRU – Polis Johor menemui petunjuk baharu hasil siasatan ke atas 12 penguatkuasa yang ditahan disyaki menjadi tali barut kumpulan jenayah terancang Geng Nicky.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata bagaimanapun pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataaan kerana siasatan masih berjalan.

“Suspek yang ditangkap masih menjalani proses soal siasat. Banyak petunjuk baharu yang timbul daripada siasatan yang dijalankan itu.

“Kita tunggu dahulu, jika ada sebarang perkembangan nanti, saya akan maklumkan,” katanya ketika melakukan tinjaun sekatan jalan raya ( SJR) di Jalan Seelong di sini pada hari ini..

Sementara itu, itu Ayob Khan menegaskan suspek yang dipercayai terlibat dengan Geng Nicky yang telah dibebaskan sebelum ini bukan dilepaskan dari tuduhan.

Sebaliknya suspek tersebut dilepaskan dengan jaminan polis bagi membolehkan kertas siasatan dilengkapkan.

“Ada orang tanya, kenapa suspek yang ditangkap sebelum ini dibebaskan. Mereka dibebaskan dengan jaminan polis bukan dibebaskan sebebas-bebasnya.

” Ia bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kemudian akan ditentukan untuk dituduh di mahkamah atau tidak,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI