fbpx

Polis Johor tolak 464 permohonan rentas negeri, daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis Johor menolak 465 permohonan merentas negeri dan daerah atas pelbagai alasan tidak munasabah antara 25 April hingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, antara alasan yang diterima adalah mahu pulang berhari raya dan rindukan keluarga.

Menurutnya, sehingga kini polis menerima sebanyak 19,090 permohonan untuk merentas negeri dan daerah.

“Daripada 19,090 permohonan yang dibuat antara 25 April lalu hingga semalam itu, sebanyak 465 ditolak.

“Antara faktor utama permohonan berkenaan ditolak adalah alasan yang diberikan tidak munasabah termasuk mahu pulang berhari raya dan rindukan keluarga, sedangkan mereka tahu kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19.

“Mulai esok, tiada nasihat akan diberikan, jika sesiapa ditahan kerana merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran, mereka akan terus dikompaun, jadi jangan marah polis dan kata kami tidak bertimbang rasa kerana sudah banyak nasihat diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) Seelong, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ayob Khan turut meninjau lima lokasi pusat beli belah dan pasar awam sekitar bandar raya ini bagi memantau prosedur standard operasi (SOP) di lokasi berkenaan.

Beliau turut melahirkan kekecewaan berikutan orang ramai dikesan gagal mematuhi SOP terutama di beberapa pusat beli belah dan pasat awam yang ditinjau.

“Saya mengarahkan kompaun dikeluarkan kepada masing-masing sebuah pusat beli belah di Tampoi dan sebuah pasar awam di Pandan, berikutan gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Ada lokasi ditinjau penjarakan sosial langsung tidak ada, sehingga saya minta kompaun dikeluarkan terhadap sebuah pusat beli belah dan pasar awam.

“Ramai pengunjung dilihat membawa anak-anak di bawah 12 tahun termasuk bayi berusia setahun hingga dua tahun sekali gus mendedahkan mereka pada bahaya penularan wabak,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI