fbpx

Jangan cuba-cuba rentas daerah, negeri – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekatan Jalan Raya di Batu 1, Jalan Tampin-Rembau baru-baru ini.

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan akan menambah sembilan lagi sekatan jalan raya (SJR) melibatkan kawasan bersempadan antara negeri sempena sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, buat masa ini terdapat 15 SJR sedia ada yang beroperasi di beberapa daerah terutamanya di Seremban susulan daerah itu masih lagi berada dalam status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, tambahan berkenaan menjadikan sebanyak 24 SJR bakal dilaksanakan di negeri ini bermula esok.

“Semua jalan utama sempadan negeri Pahang, Selangor dan Melaka akan ada SJR. Malah, SJR di sempadan daerah juga akan diaktifkan kembali.

“Jangan cuba-cuba merentas sempadan daerah atau negeri tanpa surat kebenaran polis kerana cubaan ini bakal dikenakan tindakan tegas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Mohamad berkata, buat masa ini tiada kenderaan yang diarahkan berpatah balik dan pihaknya berharap agar orang ramai dapat mematuhi prosedur operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI