fbpx

Video monyet ‘bercuti’ di resort cuit hati netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Monyet-monyet itu dilihat mengambil giliran untuk terjun ke dalam air kolam sebelum menghasilkan percikan air yang besar dan berenang di dalamnya. - Twitter/DoctorAjayita/Daily Star

NEW DELHI – Gelagat sekumpulan monyet mandi di kolam renang sebuah pusat percutian di India mencuit hati netizen dengan haiwan tersebut kelihatan gembira menikmati ‘percutian’ tanpa gangguan manusia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Aksi itu dirakam pekerja pusat percutian tanpa pengunjung itu di Mahabaleshwar, selatan Mumbai ketika kota raya tersebut dikenakan perintah berkurung berikutan wabak Covid-19 yang merebak di India.

Dalam klip video itu yang dikongsi seorang pengguna di Twitter, monyet-monyet itu dilihat mengambil giliran untuk terjun ke dalam kolam dan berenang di dalamnya.

Selepas berendam , monyet-monyet itu kembali memanjat ke atas payung tempat istirahat di tepi kolam dan bersiap sedia untuk terjunan seterusnya.

“Pusat percutian ini menerima pengunjung dalam kapasiti penuh meskipun adanya perintah berkurung!” tulis seorang pengguna di Twitter.

Video yang dimuat naik itu mencatat lebih 633,000 tontonan dengan rata-rata, pengguna meluahkan rasa terhibur melihatkan gelagat haiwan tersebut.

“Sangat bagus. Biarkan ia menikmati dunia tanpa gangguan manusia,” kata netizen.

Seorang pengguna media sosial lain meluahkan rasa terpegunnya melihat monyet-monyet tersebut bersikap sopan dan beratur sebelum terjun ke dalam kolam.

“Tahu apa yang saya suka? Kesemua monyet ini sopan menunggu giliran, tidak seperti apa yang manusia selalu lakukan,” tulisnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI