fbpx

Premis berisiko diarah tutup tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA-  Kerajaan akan mengeluarkan arahan penutupan terhadap mana-mana premis yang tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) kerana dikenalpasti sebagai lokasi berisiko penularan Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan itu akan berkuat kuasa serta merta.

“Aktiviti penguatkuasaan bagi semua premis akan dipantau oleh pihak polis, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya di sini tadi. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI