fbpx

Remaja maut kemalangan dua lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan membabitkan dua buah lori pasir yang mengorbankan seorang remaja di Kilometer 82, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi hari ini

KOTA TINGGI – Seorang remaja maut selepas lori pasir yang dipandu bapanya hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lori lain yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 82, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Sungai Ara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.40 pagi itu, mangsa, Nur Alif Mohd. Azrul Hafis, 15, dari Kampung Tenang Sungai Tiram meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, bapa mangsa, Mohd. Azrul Hafis Kamisan, 39, pula cedera di kepala.

“Ketika kejadian, dia beranak itu dalam perjalanan dari Jalan Johor Bahru menghala ke Mersing. Pemandu sebuah lagi lori meletakkan kenderaannya di bahu jalan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila bapa mangsa hilang tumpuan akibat terlelap semasa memandu sebelum hilang kawalan dan melanggar sebuah lori pasir yang diparkir di bahu jalan,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketika kejadian, pemandu lori pasir berada di Surau Felcra Berhad di seberang jalan untuk menunaikan solat sunat duha.

Sementara itu, seramai 13 orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi diketuai Komander Operasi, Azman Jantan mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI