PETALING JAYA- Operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dihentikan bermula Isnin ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) juga akan ditutup selama tiga hari.
“Bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem HIDE akan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta merta,” katanya di sini tadi. -K! ONLINE