fbpx

Lelaki ditemui lemas di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui lemas di Sungai Golok hari ini

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang ketika berenang menyeberangi Sungai Golok di pangkalan haram Parking di sini semalam ditemui lemas hari ini.

Lelaki tanpa identiti pengenalan diri itu ditemui dalam keadaan terapung oleh pasukan bomba pada pukul 8.46 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, mayat mangsa ditemui berhampiran pangkalan haram Derdap kira-kira empat kilometer dari lokasi asal dia dikhuatiri hilang.

Katanya, mayat lelaki itu diserahkan kepada polis pada pukul 10 pagi untuk tindakan lanjut.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai ketika sedang berenang menyeberangi Sungai Golok berhampiran pangkalan haram Parking di sini.

Bagaimanapun, identiti mangsa yang lemas dalam kejadian pada pukul 1 petang itu masih belum dapat dikenal pasti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI