fbpx

Awang tak gentar bertemu JDT malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Hafiz Harun

GEORGE TOWN – Pemain sayap Penang FC, Al-Hafiz Harun, 27, menyimpan hasrat beraksi lebih cemerlang di laman sendiri pada perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’ zim (JDT) di Stadium Bandaraya di sini malam ini.

Pemain kelahiran dari Sik, Kedah yang lebih mesra disapa sebagai Awang itu berkata, dia nekad membantu rakan pasukannya mengutip tiga mata ketika bertemu pendahulu liga itu malam nanti.

Awang berkata, sudah tiba masanya untuk dia bangkit mempertahankan skuad bimbingan Jurgen Klopp’ Malaysia, Tomas Trucha itu setelah tidak beraksi dalam dua perlawanan lalu menentang Terengganu FC (TFC) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).

“Harapan saya adalah untuk mengutip tiga mata pada pertemuan kedua bertemu pasukan hebat JDT malam ini.

“Walaupun saya tidak 100 peratus bermain tetapi saya yakin dengan rakan pasukan untuk beraksi lebih cemerlang nanti.

“Bagi saya, Leandro Velazquez antara yang menjadi pencabar terdekat untuk pasukan kami. Apapun, saya percaya, semangat berpasukan yang diberikan kami di laman sendiri akan memberi peluang meraih tiga mata yang diidamkan,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Perlawanan malam nanti merupakan pertemuan kedua Penang FC dan JDT pada musim ini selepas tewas 0-2 pada aksi pertama 10 Mac lalu.

Dalam pertemuan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor itu, skuad Harimau Selatan terpaksa bermandi peluh untuk menewaskan Penang FC pada minit terakhir perlawanan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI