fbpx

2,147 penuntut UPNM pulang ke kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasagaya meninjau persiapan dan mengiringi pelepasan penuntut UPNM untuk pulang ke kampung bagi fasa pertama di kampus UPNM, Kem Sungai Besi, semalam.

PETALING JAYA – Seramai 2,147 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri sejak semalam.

Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah berkata, seramai 1,285 menggunakan kenderaan keluarga, 797 penuntut menaiki bas sewa khas dan 47 penuntut menggunakan penerbangan komersil.

“Sementara 18 lagi penuntut telah dihantar pulang ke Sabah menggunakan pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Fasa pertama telah dilakukan semalam pada pukul 9 pagi di kampus UPNM, Kem Sungai Besi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, UPNM telah mengambil inisiatif menguruskan pergerakan para mahasiswanya berdasarkan ketetapan mekanisme kawalan pergerakan secara berfasa seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Fasa pergerakan pulang ke rumah masing-masing bermula semalam hingga Rabu depan manakala pergerakan balik ke kampus pula pada 15 dan berakhir pada 20 Mei nanti.

“Saya juga berharap semua mahasiswa sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam situasi norma baharu bagi mencegah penularan Covid-19 sepanjang tempoh cuti perayaan itu,” jelasnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI