PETALING JAYA – Syarikat pawagam terkemuka, GSC Cinemas meluahkan rasa kecewa berhubung impak wabak Covid-19 terhadap industri pawagam dalam satu ciapan yang dimuat naik menerusi akaun Twitter di sini hari ini.
Menurut ciapan tersebut, industri tersebut sering kali menjadi mangsa penutupan walaupun tiada kes Covid-19 membabitkan Standard Operasi Standard (SOP) yang ketat di pawagam.
GSC turut memberitahu, terdapat lebih 20,000 individu yang bekerja dalam industri tersebut terjejas teruk akibat pelaksanaan penutupan dan pembukaan pawagam yang tidak menentu sejak tahun lalu.
katanya, bantuan subsidi daripada kerajaan juga tidak diberikan dan ciapan yang menggunakan hashtag #SaveCinemas diharap dapat menyelamatkan industri tersebut dari terus dilanda kerugian.
Ciapan tersebut mendapat perhatian orang ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa industri terbabit. Ciapan yang dilakukan pada pukul 2.14 petang itu telah diulang ciap lebih 500 kali. – K! ONLINE