fbpx

9 SJR dilaksanakan sekitar Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak sembilan sekatan jalan raya (SJR) telah dilaksanakan sekitar ibu kota sempena Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 di Kuala Lumpur yang bermula semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, SJR itu telah bermula pukul 8 pagi tadi membabitkan lokasi di Jalan Sentul Pasar; hadapan Balai Polis Kepong; Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur dan Jalan Klang Lama.

Katanya, lima lagi SJR adalah di Jalan 2/27A Wangsa Melawati; Jalan 1/91 Taman Shamelin Perkasa; Lebuh Raya Bukit Jalil; Jalan Tol Duta menghala ke Kuala Lumpur dan Jalan Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur.

“Selain SJR, kita juga akan mempertingkatkan pemantauan dan rondaan oleh unit kereta peronda (MPV) serta unit rondaan bermotosikal (URB) bagi memastikan penguatkuasaan PKP di Kuala Lumpur adalah secara komprehensif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Lei Choo berkata, orang ramai disaran supaya mematuhi segala arahan dan prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 serta memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya dapat mendatarkan lengkuk penularan wabak Covid-19.

Selain itu katanya, orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan pergerakan dan hanya berbuat demikian jika perlu demi kesihatan diri, keluarga serta kesejahteraan masyarakat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI