fbpx

‘Banduan’ kucing lolos dari penjara Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kucing yang ditahan di Penjara Welikada , Colombo, Sri Lanka. - AFP

COLOMBO, Sri Lanka – Seekor kucing yang ditahan di penjara utama Sri Lanka ketika cuba menyeludup masuk dadah dan kad SIM telefon bimbit telah melarikan diri, demikian menurut laporan media hari ini.

Seorang pegawai polis berkata,  kucing itu dikesan beberapa anggota risikan penjara Sabtu lalu di Penjara Welikada yang dikawal ketat.

Katanya, hampir dua gram heroin, dua kad SIM dan satu cip memori ditemui di dalam beg plastik yang digantung pada leher mamalia itu.

Bagaimanapun, akhbar Aruna melaporkan, kucing itu melarikan diri dari bilik tempat ia dikurung di penjara tersebut kelmarin.

Pihak berkuasa penjara enggan mengulas berhubung kecuaian tersebut.

Penjara Welikada menyaksikan peningkatan kes individu membaling peket kecil  dadah, telefon bimbit dan pengecas telefon melepasi tembok penjara sejak beberapa minggu lalu.

Sri Lanka berdepan krisis dadah dengan sebilangan detektif antinarkotik didapati menjual dadah yang dirampas. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI