fbpx

Lelaki ditahan bersama bekalan mercun raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada mercun yang dirampas selepas polis menahan sebuah Proton Exora di Jalan Kenanga, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki membawa 99 kotak mercun pelbagai jenis dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora mengundang padah apabila dia ditahan pihak berkuasa.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Tun H.S. Lee kira-kira pukul 11.20 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek yang juga warga tempatan ditahan ketika anggota polis menjalankan Ops Pematuhan Covid-19 di sekitar Jalan Kenanga, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek, anggota menemui 99 kotak mercun yang dianggarkan bernilai RM10,000.

“Siasatan lanjut mendapati, mercun tersebut dipercayai untuk dijual kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur sempena sambutan hari raya.

“Suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan permohonan reman akan dikeluarkan hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, orang ramai boleh memaklumkan sebarang aktiviti penjualan mercun sepanjang tempoh perayaan ini.

Katanya, maklumat tersebut boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI