WASHINGTON – Serpihan daripada sebuah roket China dijangka jatuh ke Bumi dalam kemasukan semula luar kawal pada hujung minggu ini.
Segmen utama roket Long March-5b digunakan untuk melancarkan modul pertama stesen angkasa lepas China yang baharu pada bulan lalu.
Memiliki berat 18 tan, serpihan itu adalah antara benda paling besar pernah menjunam ke dalam atmosfera sejak beberapa dekad lalu.
Semalam, Amerika Syarikat menyatakan bahawa pihaknya memantau rapi laluan objek tersebut.
Washington bagaimanapun tidak mempunyai rancangan untuk menembak serpihan tersebut.- Agensi