KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang perempuan warga Indonesia bagi membantu siasatan.
Wanita berusia 30-an yang dikenali sebagai Kesa itu dicari bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung laporan dibuat di Pandan Indah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, ASP N. Yugantharan di talian 012-8726664 atau 03- 42952222. – K! ONLINE