fbpx

Harapan Arsenal akhirnya berkecai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Villareal meraikan kejayaan mereka mara ke pentas final dengan agregat 2-1 selepas terikat tanpa jaringan menentang Arsenal awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui sukar untuk menerima kenyataan selepas menyaksikan pasukannya gagal melangkah ke pentas final Liga Europa selepas disingkirkan Villareal pada aksi separuh akhir di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Sebagai rekod, skuad The Gunners gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri pada aksi separuh akhir kedua selepas hanya mampu meraih keputusan seri 0-0 sekali gus memastikan skuad Villareal mara ke final selepas menang 2-1 pada pusingan pertama di Sepanyol minggu lalu.

Kata Arteta, motivasi semua pemain ketika ini luntur susulan penyingkiran itu yang turut memberi makna mereka menamatkan saingan musim ini tanpa sebarang trofi selain peluang untuk beraksi di saingan Eropah musim depan semakin terkubur.

“Semua pemain agak kecewa dengan keputusan ini tetapi apa boleh buat, kami telah berusaha segalanya dalam usaha memburu gol tetapi gagal berbuat demikian dalam tempoh 90 minit perlawanan.

“Kini, kami harus terima kekalahan ini dan berusaha untuk fokus pada baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam usaha untuk mengintai slot ke saingan Eropah musim depan,” katanya pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Sementara itu, ketua jurulatih Villareal, Unai Emery mengakui puas selepas menyaksikan kejayaan anak-anak buahnya menewaskan Arsenal meskipun tidak dilabel sebagai pasukan pi­lihan untuk mara ke pentas final.

“Barisan pemain telah bekerja keras sepanjang perlawanan dan kita sedar tidak ada ruang yang boleh diberikan kepada pasukan tuan rumah dalam usaha menjaringkan gol. Ia adalah aksi yang sukar tetapi ini adalah ganjaran terbaik buat kami semua,” kata­nya. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI