fbpx

City sudah tidak sabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDINHO (kiri) mengakui bahawa dia dan rakan sepasukannya yang lain sudah bersedia untuk membenam Chelsea bagi mengesahkan kejuaraan EPL musim ini. – AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester City, Fernandinho mengakui sudah tidak sabar untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Citizens akan bergelar juara lebih awal sekiranya mereka menewaskan Chelsea pada perlawanan yang berlangsung di Etihad awal pagi esok.

Bagaimanapun, pemain Brazil itu percaya mereka berdepan tugas sukar apabila perlu memastikan kemenangan ketika me­layan kunjungan skuad kendalian Thomas Tuchel.

“Liga Perdana adalah saingan domestik paling sukar di Eropah. Ia memerlukan kerja keras selain banyak perlawanan sukar perlu dihadapi, jadi pemain perlu sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Kami akan cuba memenangi setiap perlawanan dan dapatkan tiga mata untuk pasukan. Kami hanya perlukan tiga mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan pada musim ini,” kata Fernan­dinho.

Bekas pemain Shakhtar Donetsk itu juga menggesa rakan sepasukan supaya menjadikan setiap perlawanan seperti perlawanan akhir bagi memastikan mereka tidak terleka.

“Masih ada baki empat perlawanan liga musim ini, jadi saya mahu semua pemain City ­me­nganggapnya seperti aksi final kerana mampu membantu kami bermain lebih baik,” ujar­nya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI