fbpx

UMNO desak kerajaan tubuh RCI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parlimen.

PETALING JAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa menteri-menteri UMNO mendesak kerajaan Perikatan Nasional menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendedahan Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Tan Sri Tommy Thomas.

Presiden UMNO itu berkata, penubuhan RCI itu perlu disegerakan kerana pendedahan bekas dua organisasi penting kerajaan itu perlu disiasat secepat mungkin.

“Saya bersetuju dengan ketetapan Pergerakan Pemuda UMNO untuk mendesak kerajaan menyegerakan penubuhan RCI.

“Pendedahan Abdul Hamid an Tommy amat serius terutamanya melibatkan campur tangan politik dan rasuah dalam institusi yang menjadi benteng mempertahankan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, penubuhan RCI harus disegerakan untuk memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi dan sistem yang membentengi negara.

Menurut Ahmad Zahid, beliau akan meminta menteri-menteri yang mewakili UMNO untuk membawa saranan tersebut kepada kerajaan agar tindakan segera dapat dilakukan.

Abdul Hamid yang bersara sebagai Ketua Polis Negara baru-baru ini mendedahkan wujudnya campur tangan ahli dan rasuah melibatkan ahli politik di dalam pasukan itu.

Tommy yang merupakan bekas Peguam Negara pula mendedahkan kepincangan kerjaaan Pakatan Harapan di dalam bukunya bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI