fbpx

Belum ada pengumuman tarikh haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan sebilangan kecil jemaah domestik untuk menunaikan haji tahun lalu ekoran wabak Covid-19 pada tahun lalu. -Sadi Gazette

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan bahawa pihaknya belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pelaksanaan ibadah haji pada tahun ini, lapor Saudi Gazette.

Jurucakap kementerian, Hisham Saeed memaklumkan kepada portal berita Al-Arabiya.net bahawa Arab Saudi seboleh-bolehnya mahu membenarkan semua umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah haji.

Bagaimanapun, katanya, kementerian ketika ini lebih mengutamakan keselamatan jemaah tanpa mengulas lanjut.

Menurutnya, kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan sebilangan kecil jemaah domestik untuk menunaikan haji tahun lalu ekoran wabak Covid-19 pada tahun lalu.

Terdahulu, Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr. Abdel Fattah Mashat memaklumkan bahawa kedua-dua jemaah tempatan dan luar negara boleh menunaikan ibadah umrah tetapi perlu mematuhi protokol pencegahan wabak Covid-19.

Prosedur mengerjakan umrah boleh dibuat melalui aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Beliau berkata, pelaksanaan langkah berjaga-jaga menjadi keutamaan sekali pun kerajaan membenarkan jemaah luar negara dan domestik menunaikan umrah.

Dr. Abdel Fattah juga meminta orang ramai untuk tidak mempercayai iklan di media sosial yang mendakwa mengeluarkan permit untuk menunaikan umrah. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI