fbpx

Tindakan tegas terhadap penguat kuasa kompromi dengan peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIN Arjuna (kanan) ketika mengadakan tinjauan harga barangan sempena pelaksanaan SHMMP 2021 di Pasar Sementara Ampangan di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Mana-mana penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di negeri ini yang cuba berkompromi dengan peniaga akan diambil tindakan tegas.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman, tindakan disipilin akan diambil sekiranya terdapat penguat kuasa yang cuba ‘membela’ golongan peniaga termasuk dengan tidak mengambil tindakan kompaun.

Namun, pihaknya tetap meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada semua anggota penguat kuasa KPDNHEP di negeri dalam menguatkuasakan undang-undang.

“Saya meletakkan harapan tinggi kepada penguat kuasa di negeri ini namun tidak akan berkompromi. Sekiranya ada berlaku perkara seperti itu, penguat kuasa akan dikenakan tindakan integriti dan adalah tidak munasabah untuk mereka terlibat dalam perkara yang tidak berbaloi itu.

“Anggota penguat kuasa boleh dikenakan tindakan disiplin dan dakwaan berkompromi dengan mana-mana peniaga adalah berat. Bagi peniaga pula yang mendapat maklumat ada anggota penguat kuasa yang cuba mengambil kesempatan, mereka boleh membuat aduan dan menunjukkan bukti yang sah kepada pihak saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2021 di Pasar Sementara Ampangan di Ampangan dekat sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI