fbpx

Wanita dakwa bersalin paling pantas di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETIGA-TIGA anak wanita tersebut dilahirkan dalam proses bersalin yang cepat dan mudah. – The Sun

LONDON – Seorang wanita di Britain mendakwa dia menca­tat masa bersalin paling pantas apabila memerlukan 27 saat sahaja untuk melahirkan anak ketiganya, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Sophie Bugg, 29, berkata, anak ketiganya, Millie lahir tanpa sebarang petanda semasa dia berada di dalam tandas di rumahnya baru-baru ini.

“Saya dapat rasakan kelahiran ini paling pantas di dunia, hanya 27 saat dan sekali teran.

“Saya sendiri seperti tidak percaya ia berlaku,” katanya.

 

SOPHIE bersama anak ketiganya, Millie yang dilahirkan dalam tempoh 27 saat. – The Sun

Pasukan paramedik tiba di rumah wanita itu di Basingstoke, England tidak lama kemudian dan membawa Sophie bersama bayinya ke hospital untuk rawatan lanjut

Menurut Sophie, dia tidak bersedia dengan kelahiran itu kerana air ketubannya tidak pecah dan tiada sebarang kontraksi berlaku.

Wanita itu bercadang meng­hubungi Guinness World Records bagi mencatatkan rekod masa kelahiran yang dianggap terpantas di dunia itu.

“Meskipun saya lega kelahiran ini berlaku dengan pantas, saya agak terkilan kerana tidak sempat merasai detik yang biasa dilalui para ibu sebelum bersalin.

“Sejarah proses bersalin dua anak sebelum ini juga sangat cepat iaitu 12 minit untuk yang anak sulung dan 26 minit bagi anak kedua,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI