fbpx

AstraZeneca: Lokasi luar Lembah Klang diumum minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Beberapa lokasi baharu bagi agihan vaksin jenis AstraZeneca di luar Lembah Klang akan diumumkan minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya petang tadi.

Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, lokasi baharu itu akan diumumkan Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) minggu depan.

“JKJAV juga akan mengumumkan butiran lanjut bagi agihan seterusnya vaksin itu minggu depan,” katanya.

Fasa pertama agihan vaksin AstraZeneca sebanyak 268,600 dos bermula semalam membabitkan empat PPV di sekitar Lembah Klang.

Empat lokasi PPV suntikan vaksin AstraZeneca itu termasuk Universiti Malaya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Shah Alam Ideal Convention Centre dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin memaklumkan agihan vaksin AstraZeneca secara sukarela akan diperluaskan ke seluruh negara dan ia masih kekal menggunakan konsep ‘siapa cepat, dia dapat’. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI