fbpx

Peluang melancong ke angkasa lepas 20 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan pengeluar aeroangkasa Jeff Bezos Blue Origin di Cape Canaveral, Florida. - AFP

NEW YORK – Syarikat pengeluar aeroangkasa, Blue Bezos Origin akan menghantar kru pertamanya ke angkasa lepas pada 20 Julai ini dan menawarkan satu tempat duduk untuk pembelian tiket secara online, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Perjalanan tersebut akan mengambil masa sepuluh minit dengan empat penumpang dibawa mengelilingi garis Karman yang menandakan sempadan yang  antara atmosfera Bumi  dan angkasa lepas..

“Kami telah menyempurnakan kemampuan kapal angkasa kami untuk dilancar ke angkasa lepas dan kembali mendarat di bumi.

“Ini adalah kali pertama kapal angkasa New Shepard bakal memulakan perjalanan dengan membawa angkasawan,” kata klip video yang turut disertakan dalam pengumuman itu.

Roket kembali guna tersebut  dinamakan sempena Alan Shepard  yang merupakan warga Amerika Syarikat (AS) pertama pergi ke angkasa lepas enam puluh tahun  lalu.

New Shepard berjaya melepasi  15 ujian teknikal di Pergunungan Guadalupe, Texas Barat.

Selepas berlepas, kapsul yang boleh membawa hingga enam anak kapal, akan terpisah daripada  roket utama dan berada  empat minit pada ketinggian melebihi 100 kilometer dari Bumi.

Penumpang kapal angkasa akan mengalami situasi graviti sifar sepanjang dan dapat melihat lengkungan Bumi dari atas angkasa.

Blue Origin memaklumkan pemenang bidaan tiket secara online  itu akan diumumkan pada  12 Julai ini. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI