fbpx

Kes Covid-19 di Pahang terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taburan kes covid-19 bagi daerah Kuantan setakat hari ini.

KUANTAN – Pahang terus mencatatkan kenaikan kes jangkitan Covid-19 dengan 433 kes aktif setakat hari ini manakala tiga daerah dikategorikan sebagai zon merah iaitu Bentong, Kuantan dan Raub.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang (JPBNP) dalam kenyataannya menjelaskan, bagi daerah Kuantan, kes jangkitan Covid-19 sehingga kini masih tidak menunjukkan penurunan.

“Jumlah kumulatif kes positif di daerah Kuantan adalah sebanyak 1,539 kes dengan jumlah kes aktif adalah sebanyak 199 kes yang terdiri daripada sembilan kluster.

“Daripada 199 kes aktif yang dicatatkan, sebanyak 84 kes daripada saringan bergejala dan kontak rapat manakala sebanyak 115 adalah terdiri daripada kluster sedia ada,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan data yang dicerap juga, kawasan ‘hotspot’ di daerah ini adalah luas dan merangkumi pelbagai tempat antaranya ialah Mahkota Heights, Jalan Galing, Tanah Putih Baru, Astaka Village malah di setiap mukim di daerah Kuantan mencatatkan kes positif.

Katanya, ini menunjukkan virus Covid-19 telah berada dalam komuniti dan perkara ini perlu dibendung awal bagi memastikan penularan dapat dikawal dengan baik.

“Jawatankuasa ini sedang meneliti data dengan lebih terperinci seterusnya menyusun strategi untuk menurunkan jumlah kes harian dalam tempoh yang singkat.

“Oleh itu, jawatankuasa ini menyeru warga daerah Kuantan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan agar peningkatan kes secara mendadak tidak berlaku,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI