PUTRAJAYA – Kes harian negara masih lagi merekodkan angka melebihi 3,000 dengan 3,551 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 427,927 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 1,137 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 477 kes dan Sarawak sebanyak 391 kes.
“Seterusnya, Kelantan (326 kes), Pulau Pinang (305 kes), Johor (258 kes), Perak (137 kes), Kedah (112 kes), Pahang (97 kes), Negeri Sembilan (85 kes), Melaka (82 kes), Sabah (69 kes) dan Terengganu (58 kes).
“Putrajaya pula dengan 12 kes manakala, Perlis (tiga kes) dan Labuan (dua kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE