fbpx

Wanita menangis terima bantuan Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit bertemu wanita tersebut dan anak-anaknya di kediaman mereka di Puchong hari ini.

PETALING JAYA – Seorang wanita tidak dapat menahan air matanya apabila penceramah popular, Ebit Lew mengunjungi kediamannya di Puchong hari ini.

Ebit berkata, wanita tersebut Teresa Santa anak Angil berbangsa Iban dari Sibu, Sarawak membesarkan lima orang anak yang kesemuanya masih bersekolah bersendirian setelah ditinggalkan suami sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, wanita itu menangis sekuat hatinya apabila mereka bertemu kerana tidak menyangka berpeluang berjumpa dengannya yang disifatkan sebagai idolanya.

“Saya dapat tahu rumahnya dah tak bayar sewa 15 bulan. Begitu juga air dan elektrik. Saya bayarkan semua sewa rumah. Terus telefon pemilik rumah tadi untuk tanggung sewa rumah kakak selepas ini sehingga dia boleh berdikari.

“Sampai rumahnya tadi sedih tengok rumah kosong. Ada tilam lama sahaja. Tiada perabot lain. Saya hadiahkan peti ais, mesin basuh dan Laptop untuk anaknya belajar.

“Saya beri hamper dan barang dapur. Hadiahkan duit belanja. Belajar rajin-rajin ya adik. Semoga berjaya menjadi seseorang dan boleh tolong orang lain,” katanya di laman Facebook hari ini.

Ebit berkata, dia dimaklumkan bahawa ramai prihatin dan hantar makanan selain memberi duit belanja buat keluarga tersebut.

“Masa sampai tadi jumpa dengan timbalan pengerusi Persatuan Anak Borneo Semenanjung Malaysia, beliau yang kongsikan keadaan keluarga ini.

“Mereka menangis cakap terima kasih membantu orang Iban bangsa kami. Jawab saya kita semua sebuah keluarga,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI