fbpx

PKP Selangor, rakyat panik keluar beli-belah tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuatnaik di Twitter memaparkan keadaan sesak di Aeon Mall Shah Alam malam tadi sebelum PKP bermula pada hari ini.

PETALING JAYA – Sebuah rakaman video yang memaparkan situasi kesesakan jalan raya di salah sebuah pusat beli-belah di Shah Alam tular di media sosial Twitter sejak malam tadi.

Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan keadaan semasa jalan raya pada pukul 12 tengah malam berdekatan dengan pusat membeli-belah Aeon Shah Alam, Seksyen 13.

Klip video itu memaparkan orang ramai bersesak di premis tersebut bagi membeli persiapan raya kerana Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi keadaan sekitar Shah Alam pada hari kejadian kerana ramai yang terperangkap dalam kesesakan yang dianggap mereka ‘luar biasa’.

Menurut seorang netizen yang dikenali sebagai @AmalinaAmirah_, dia mendakwa kesesakan sekitar Shah Alam berbeza berbanding hari sebelumnya.

“Biasanya kalau sesak pun ambil masa sekitar 35 minit saja, tapi malam tadi lain macam penangan panik lepak sebab PKP,”ciapnya.

Menurut seorang lagi pengguna Twitter, @aeshfr, berkata, bukan di Aeon Shah Alam saja yang sesak, hampir satu Shah Alam juga sesak. Ia mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke destinasi.

Selain itu, ada juga pengguna yang memberitahu kesesakan ‘luar biasa’ itu berlaku kerana orang ramai hendak membuat persiapan raya di saat akhir selepas kerajaan mengumumkan PKP di Selangor.

“Maklumlah, ini semua kerana panik berbuka puasa dan membuat persiapan raya. Bagilah peluang kepada mereka sebelum PKP mula. Kerajaan pula umum pada saat-saat akhir,” kata seorang pengguna Twitter.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan enam buah daerah di Selangor dikenakan PKP bermula 6 Mei 2021.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI