fbpx

Mourinho sudah ada rancangan buat Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Roma selepas bersetuju untuk mengemudi pasukan itu. – AFP

ROM – Pengurus sensasi, Jose Mourinho mengakui bahawa beliau mahu merangka sebuah ‘projek’ untuk membantu AS Roma kembali menjadi kuasa besar bola sepak di Itali dan Eropah selepas ini.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur itu dilantik untuk mengemudi Roma bermula musim depan sambil beliau mengakui bahawa kesungguhan para peminat Giallorossi itu menyebabkan beliau bersetuju untuk mengemudi kelab berkenaan.

Pengurus berusia 58 tahun itu kembali ke saingan Serie A de­ngan reputasi meraih kemena­ngan 25 trofi utama dan menandatangani kontrak selama tiga untuk mengemudi pasukan itu.

“Terima kasih kepada ke­luarga Friedkin yang memilih saya untuk mengemudi kelab hebat ini dan menjadi sebahagian daripada visi mereka.

“Selepas mengadakan me­syuarat bersama pemilik kelab, saya memahami sepenuhnya apa yang dicita-citakan oleh AS Roma. Ia adalah cita-cita sama yang membantu saya untuk sentiasa bermotivasi dalam karier.

“Kami akan bersama-sama cuba untuk membina sebuah ‘projek’ memburu kejayaan bagi tahun-tahun berikutnya.

“Selain itu, kesungguhan dan kegilaan para peminat terhadap kelab ini menarik perhatian dan meyakinkan saya untuk menerima­ jawatan ini,” katanya.

Mourinho termasuk dalam senarai tiga pengurus yang berjaya menjulang gelaran Liga Juara-Juara bersama dua kelab berbeza iaitu FC Porto dan Inter Milan, selain berjaya merangkul trofi domestik di Portugal, England, Itali dan Sepanyol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI