fbpx

Tiada kenaikan harga telur di kedai runcit di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Shahrul menjual telur ayam gred B pada harga 40 sen sebiji di kedai runcitnya di Seberang Jaya, Seberang Perai hari ini.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Tiada kenaikan ketara harga telur di negeri ini biarpun harga barang mentah tersebut dilaporkan meningkat sebanyak 10 sen sebiji sejak tiga minggu lalu.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Seberang Jaya di sini mendapati rata-rata peniga kedai runcit masih mengekalkan harga telur seperti sebelum ini iaitu 40 sen sebiji bagi gred B.

Seorang peniaga, Nor Shahrul Amri, 35, berkata, dia tidak berdepan sebarang masalah berikutan pembekal masih dapat memenuhi permintaan pekedai.

“Sebenarnya saya tidak tahu pun ada berlaku kenaikan dan jualan masih diteruskan pada harga sama iaitu 40 sen bagi telur Gred B. Tiada kenaikan setakat ini di sini dan saya risau jika naikkan harga, pelanggan nanti marah pula.

“Walau bagaimanapun, setahu saya harga telur di pasar adalah RM0.41 sebiji kerana saya selalu membuat perbandingan harga untuk rujukan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pekedai, G. Meheron berkata, dia akan menaikkan harga sekiranya harga siling telur meningkat.

“Saya ada dengar mengenai kenaikan itu tetapi setakat ini harga masih dikekalkan,” katanya.

Kosmo! hari ini melaporkan pengguna di Perlis terpaksa berbelanja lebih apabila harga telur ayam bagi semua gred naik sebanyak 10 sen sebiji sejak tiga minggu lalu dipercayai akibat kekurangan bahan mentah itu daripada pembekal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI