SEBELUM ini tular dalam media sosial video pelakon Hannah Delisha mengalunkan selawat sehingga ramai yang memuji kelunakan suaranya.
Terbaharu, dia muncul sekali lagi dalam satu rakaman video yang diambil ‘curi-curi’ oleh suaminya, Imam Shah.
Dalam video berdurasi 33 saat tersebut, Hannah dilihat sedang leka menyanyi, bukan lagu sedih tetapi rap!
Malah, pelakon kelahiran Singapura itu juga tidak perasan suaminya sedang merakam momen berkenaan.
Rata-rata netizen memuji bakat Hannah dan tidak menyangka dia boleh menyanyi rap.
“Hebat! Suara sedap, orang pun lawa,” puji pengguna Twitter.
Mungkin selepas ini Hannah boleh lancarkan lagu rap pula atau bekerjasama dengan mana-mana penyanyi rap. Mesti meletup!
MIZZ LAHAR: Nampaknya tahun ini bakal dipenuhi dengan kisah Neelofa. Selepas ini apa lagi isu yang bakal dicetuskannya!