fbpx

Warga MBI sempurnakan ibadah korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (dua dari kanan) mengagihkan daging korban kepada petugas pada program Ibadah Korban MBI di Ipoh hari ini.
Sebahagian daripada petugas memotong daging pada program Ibadah Korban MBI di Ipoh hari ini.

 

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Hari terakhir sambutan Aidiladha terus diraikan apabila sebanyak tujuh ekor lembu dikorbankan warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Persatuan Kebajikan Islam MBI (Perkip) hari ini.

Program yang diadakan di pekarangan tempat letak kereta MBI itu berlangsung mengikut pematuhan yang ditetapkan.

Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin berkata, program yang berlangsung sederhana tetapi meriah itu melibatkan para petugas pelbagai jabatan MBI.

“Program yang bermula pukul 8.30 pagi itu melibatkan 49 peserta korban dan tujuh ekor lembu.

“Proses melapah dan memotong daging dilakukan oleh para sukarelawan yang telah ditetapkan bagi menjaga jarak fizikal,” ujarnya di sini hari ini.

Rumaizi kemudian telah menyempurnakan agihan daging korban tersebut kepada kira-kira 300 orang petugas MBI. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI