fbpx

Terengganu FC belasah UiTM 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain TFC, David Da Silva (tengah) dan Makan Konate (kanan) meraikan gol kedua Sang Penyu dijaringkan Faisal Abdul Halim (dua,kanan) ketika menentang UiTM FC, sebentar tadi.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) kembali ke landasan kemenangan selepas membelasah pasukan tercorot, UiTM FC, 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Kemenangan anak-anak buah Mohd. Nafuzi Zain itu dibantu dua gol dalam 10 minit pertama sebelum pemain gantian, Rahmat Makasuf melengkapkan jaringan pada babak kedua.

Pintu gol UiTM FC mula bocor pada minit kelapan hasil rembatan leret penyerang tuan rumah, David Da Silva yang tenang menyudahkan umpanan Faisal Abdul Halim.

Dua minit kemudian, giliran Faisal untuk menggegar jaring gol pelawat selepas menanduk kemas hantaran lintang Hakimi Abdullah dari sebelah kiri.

TFC berpeluang melebarkan kedudukan pada minit ke21 namun Makan Konate gagal menewaskan penjaga gol UiTM FC, Azfar Arif Mohd. Sukri dalam situasi satu lawan satu.

Usaha pelawat memasuki kawasan berbahaya TFC hampir membuahkan hasil namun malangnya percubaan Joao Pedro ditepis Mohd. Suhaimi Husin pada minit ke-27.

Ketumpulan penyudah Hakimi (m-29) dan Mohd. Hafizal Alias (m-38) yang hanya berdepan penjaga gol memaksa TFC berpuas hati dengan dua gol sehingga rehat.

Rentak perlahan ditampilkan kedua-dua pasukan selepas rehat dengan gerakan TFC diketuai Da Silva berjaya dipatahkan lawan menyaksikan bola lebih banyak berlegar di kawasan tengah.

Pada minit ke-76, sepakan percuma Konate yang melencong ke sebelah tepi akhirnya berjaya disusuli dengan gol ketiga Sang Penyu seminit kemudian.

Jaringan itu tercipta selepas umpanan Konate singgah tepat di kaki Rahmat sebelum pemain gantian itu melepaskan sepakan leret dan menjadikan kedudukan 3-0.

Tamat 12 perlawanan TFC kembali ke tangga kedua liga dengan mengumpul 24 mata dibantu kekalahan Kedah Darul Aman dan Penang FC kepada lawan masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI