fbpx

JPJ kutip RM3.14 juta kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zailani (tiga dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian asnaf dalam majlis sambutan Jubli Platinum 75 tahun bersama media di Kementerian Pengangkutan hari ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya merekodkan kutipan pengurangan bayaran saman lebih RM3.14 juta melalui 45,317 kes di seluruh negara setakat 1 Mei lalu yang ditawarkan sempena sambutan Ulang Tahun JPJ ke-75 tahun.

Jumlah kutipan kompaun itu adalah dalam tempoh tiga minggu sejak tawaran diskaun 70 peratus ke atas semua saman dan kompaun selama dua bulan itu dibuka pada 12 April lalu.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim berkata, jumlah kompaun yang paling tinggi direkodkan di negeri Selangor dengan kutipan sebanyak RM548,910 melibatkan 4,459 pesalah.

Beliau berkata, ia diikuti oleh Johor (RM343,605), Pahang (RM311,874), Perak (RM287,549) dan Kuala Lumpur (RM265,872).

“Tawaran kompaun adalah untuk tempoh dua bulan hingga 13 Jun depan.

“Kompaun ini tidak akan disambung selepas tempoh 60 hari itu tamat,” katanya pada majlis sambutan Jubli Platinum 75 Tahun bersama Media di Kementerian Pengangkutan, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Zailani menyampaikan sijil penghargaan kepada 13 wakil media daripada pelbagai agensi termasuk Kosmo! sebagai tanda apresiasi kepada pihak media yang sentiasa memberikan sokongan serta menyebar luas berita berkaitan JPJ.

Pada program sama, Zailani turut menyerahkan  Dokumen Pengecualian Bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sukarelawan Amal Team bagi kenderaan pengurusan jenazah dimiliki pertubuhan itu.
Beliau juga menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Badan Khairat Kematian JPJ (BAQA) dan Sukarelawan Amal Team. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI