fbpx

Rentas negeri masih dilarang untuk semua pihak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pergerakan rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan dan tiada sebarang pengecualian bagi mana-mana pihak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rentas negeri masih dilarang kecuali bagi-bagi kes tertentu dengan kebenaran pihak berkuasa.

“Kuasa untuk menahan sesiapa yang mahu rentas negeri terletak pada pihak polis, jadi saya percaya tiada pengecualian kecuali beberapa perkara seperti kematian keluarga, sakit sehingga nazak tetapi individu terbabit perlu mendapatkan kebenaran polis.

“Semuanya terletak pada tangan pihak berkuasa, jika betul ada urusan penting, isi borang dan mohon kebenaran kepada mereka,” katanya dalam sidang khas hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan wartawan sekiranya golongan kenamaan diberikan kelonggaran untuk pergerakan rentas negeri atas alasan remeh.

Jelasnya lagi, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mahu merentas negeri tanpa sebab munasabah.

“Pada hujung minggu, permohonan untuk rentas negeri mencecah sehingga 40,000 permohonan, justeru itu, individu perlu kemukakan bukti sahih dan sebab munasabah untuk merentas negeri kepada pihak polis,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI