fbpx

Kediaman konsep hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rekaan astaka yang unik menjadi tarikan kawasan kediaman S P Setia. - FOTO S P Setia

Mendiami kediaman yang dikelilingi oleh alam semula jadi menjadi satu keperluan dan tarikan buat masa kini.

Satu kajian saintifik membuktikan bahawa meluangkan masa bersama alam semula jadi dapat memperbaiki tumpuan mental dan mengurangkan kemurungan serta tekanan selepas pulang daripada kerja.

Apabila melangkah masuk ke dalam rumah atau kawasan kejiranan yang dikelilingi tanaman hijau dan ditemani bunyi burung yang berkicauan, pastinya dapat membangkitkan semula semangat sebelum meluangkan masa bersama keluarga.

Setia Alamsari dahulu dikenali sebagai Alam Sari yang dimiliki oleh I & P Group sebelum S P Setia mengambil alih seluruh kawasan perbandaran melalui penjenamaan semula lalu  menyediakan pelbagai jenis rumah seperti teres dua tingkat, rumah berkembar dua tingkat, banglo dan pusat komersial dalam kawasan perbandaran berkonsepkan taman dan alam semula jadi.

Setia Alamsari adalah perbandaran pegangan bebas berkeluasan 775  hektar yang memenuhi pelbagai keperluan sasaran seperti pembeli rumah kali pertama, pembeli yang ingin menaik taraf rumah, keluarga kecil, besar dan banyak lagi.

Terletak hanya 5 minit dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Setia Alamsari digelar sebagai bandar terbesar di dalam kawasan Kajang.

Ia juga mudah diakses melalui tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, Lebuhraya Kajang Silk dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Bagi menaikkan lagi suasana semula jadi, Setia Alamsari dilengkapi lanskap menarik  yang bertemakan lapan taman dengan ciri-ciri yang tersendiri. Selain itu, Setia Alamsari menyediakan konsep berpengawal untuk keselamatan penduduk.

Sehingga kini, pembangunan keseluruhan Setia Alamsari mencecah sehingga 35 peratus dan banyak lagi pembangunan serta kemudahan yang akan disediakan untuk kegunaan penduduk Setia Alamsari akan datang.

Tidak lama lagi, S P Setia bakal melancarkan lebih banyak rumah teres kos sederhana untuk menepati pasaran semasa memandangkan ia menerima permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat sekeliling kawasan Kajang, Bangi dan Semenyih.

Pada tahun ini juga, Setia Alamsari akan melancarkan pelbagai jenis produk seperti rumah teres dua tingkat, rumah kluster berkembar dan lot kedai komersil sebagai sebahagian daripada perancangan untuk terus mengembangkan keseluruhan kawasan perbandaran.

Lapan konsep taman

Setia Alamsari adalah perbandaran yang dilengkapi lapan konsep taman, masing-masing mempunyai pendekatan reka bentuk landskap khas dan berbeza.

Lapan konsep taman adalah Canopy Park, Nest of Dream, Lake of Reflection, Spring Meadows, Casablanca Park, Garden of Lights, Serenity Pathway dan Field of Happiness.

Bagi anda yang inginkan ruang kediaman yang luas, S P Setia menawarkan fasa pertama CASA Collection iaitu Caressa.

Caressa menawarkan rumah kluster berkembar dua tingkat yang berkeluasan daripada 1,965 kaki persegi sehingga 2,022 kaki persegi dengan saiz tanah 32 x 65.

Caressa dilengkapi empat bilik tidur dan empat bilik air dengan lebihan tanah tepi 10 kaki untuk kegunaan ruang bagi seisi keluarga.

Ia akan menarik minat pembeli rumah kali pertama, golongan belia atau yang ingin menaik taraf kepada rumah berkeluasan lebih besar. 

Dengan tawaran projek seperti ini, S P Setia berharap lebih banyak pembeli akan memilih untuk mendiami Setia Alamsari memandangkan lokasi strategik dan dikelilingi banyak kemudahan sekitar Kajang, Bangi dan Semenyih.

Rumah contoh sedia untuk dikunjungi dan bagi memenuhi jumlah pengunjung yang datang, galeri jualan Setia Alamsari telah dipindahkan ke Setia Alamsari Welcome Centre pada 10 April 2021 yang menempatkan bukan sahaja galeri jualan, malah rumah-rumah contoh dan pejabat perkhidmatan pelanggan untuk menangani isu-isu pembeli selepas jualan.

Ratusan pengunjung yang sedang mencari rumah idaman hadir bagi menyaksikan rumah contoh dan unit pameran koleksi pertama CASA iaitu Caressa.

Rata-rata daripada mereka kagum dengan tawaran diberikan S P Setia, selain menunjukkan minat untuk mendaftar dan memiliki kediaman di Setia Alamsari.

Ketika acara berkenaan, S P Setia turut berkongsi beberapa pembangunan perbandaran yang bakal dilancarkan pada masa akan datang seperti rumah teres dua tingkat dengan saiz 20 x 65 dan pusat komersial untuk menampung keperluan penduduk Setia Alamsari yang jangka akan meningkat tidak lama lagi.

Kunjungi rumah contoh yang tersedia di Setia Alamsari Welcome Centre untuk maklumat lanjut mengenai Caressa.

Layari laman web S P Setia atau menghubungi kakitangan jualan di talian 03-87362255 untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek terbaharu mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI