fbpx

The Blues turun tanpa penyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ (depan) akan menggalas peranan sebagai false nine Chelsea menentang Real awal pagi esok. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mempunyai strategi untuk memastikan ­kapten Real Madrid, Sergio Ramos ‘mati akal’ menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Stamford Bridge awal pagi esok.

Tuchel, 47, enggan The Blues mengalami nasib sama seperti Liverpool selepas Ramos didakwa sengaja mencederakan Mohamed Salah yang akhirnya me­nyaksikan Real menang 3-1 pada final Liga Juara-Juara 2018.

Sehubungan itu, Tuchel memberi bayangan beliau bersedia menurunkan kesebelasan terbaik dengan formasi false nine tanpa penyerang supaya Ramos tidak mempunyai pemain khusus yang perlu diekori sepanjang 90 minit permainan.

“Kehadiran semula Ramos merupakan satu cabaran besar buat kami kerana dia ialah pe­mimpin kepada pemain-pemain Real. Kami perlu tunggu dan lihat bagaimana cara untuk kami mengecewakan mereka.

“Ramos tidak boleh ‘bergaduh’ dengan sesiapa jika kami turun tanpa seorang pun pemain pe­nyerang. Ia mungkin boleh menjadi jalan penyelesaian kami,” katanya.

Pengendali dari Jerman itu bersedia mempertaruhkan kebijaksanaan Kai Havertz di posisi false nine berdasarkan kecemerlangan prestasinya meledak dua gol ketika menewaskan Fulham 2-0 pada aksi Liga Perdana Ing­geris, Ahad lalu.

Begitupun, kem The Blues kini berharap dua lagi tonggak penting iaitu perancang tengah, Mason Mount dan pemain pertahanan, Antonio Rudiger dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut.

“Saya harap kedua-duanya dapat beraksi. Ini kerana kami sudah bersedia memberikan tentangan terbaik kepada Real untuk melangkah ke final musim ini,” jelas Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI