Oleh NOOR HASLIZA NUSI
GEORGE TOWN – Sebuah setor menyimpan peralatan sukan air berhampiran Hotel Lone Pine, Jalan Batu Ferringhi di sini hangus dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 1 petang tadi.
Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.14 petang dan tiba ke lokasi kurang 10 minit kemudian.
“Sampai di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah setor penyimpanan alatan sukan air (Kelas C) dan anggaran kemusnahan kebakaran adalah 80 peratus.
“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 1.34 petang dan kerja-kerja pemadaman turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut jurucakap itu lagi, kebakaran yang berlaku tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa. – K! ONLINE