PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan enam daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 6 hingga 17 Mei depan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara daerah terlibat ialah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat, dan Sepang.
“”Dengan itu, pergerakan merentas daerah dan negeri di enam daerah terbabit tidak dibenarkan sama sekali, kecuali kes-kes yang berkaitan dengan urusan kecemasan, kematian dan sebagainya serta hal kerja,” katanya tadi.
Berita lanjut menyusul.- K! ONLINE