fbpx

Anak kucing ‘sangkut’ di enjin kereta sejauh 100km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak kucing jantan yang berjaya diselamatkan selepas tersangkut di bahagian enjin kereta sejauh 100 kilometer. - Foto IHSAN APM

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Seekor anak kucing jantan terselamat selepas ‘tersangkut’ di bahagian enjin kereta sejauh 100 kilometer dari Semenyih ke Tanjong karang di sini.

Kejadian tersebut disedari pemandu kereta jenis Honda Accord berusia 22 tahun yang mengesyaki bunyi pelik daripada enjin sebelum memberhentikan kenderaannya.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.05 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

Katanya, pemeriksaan di kereta tersebut mendapati terdengar bunyi rengekan kucing di bonet enjin kereta tersebut.

“Hasil pemeriksaan selama lima limit kemudiannya menemui anak kucing itu berada di ruangan enjin berdekatan lampu di bahagian kanan kereta.

“Kucing tersebut bagaimanapun tidak mengalami kecederaan parah dan diserahkan kepada keluarga pemilik kenderaan itu yang mahu memeliharanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau menambah, berdasarkan pemerhatian mendapati anak kucing tersebut berusia setahun dari jenis kampung.

Jelas Suzaini, kes seumpama itu kerap berlaku dan tidak menolak kemungkinan anak kucing itu berada di enjin kereta itu ketika keluarga berkenaan beraya di Semenyih. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI