fbpx

Kanak-kanak tiga tahun mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Longkang tempat mangsa terjatuh sebelum dihanyutkan arus ke Sungai Dingin di Felda Gunung Bongsu, semalam.

KULIM – Seorang kanak-kanak perempuan mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus ke Sungai Dingin dalam kejadian di Felda Gunung Bongsu di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa, Naera Dellisha Muhammad Nazri, 3, sedang bermain dengan abangnya, Muhammad Thaqif, 8, berdekatan longkang di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 7.30 malam.

“Polis melakukan operasi mencari mangsa sejurus tiba di lokasi kejadian dan mangsa akhirnya ditemui orang awam kira-kira pukul 8 malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui berhampiran Estet Sime Darby di Sungai Dingin iaitu kira-kira empat kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI