fbpx

PTPTN tawar duit raya hampir RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Saiful

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan duit raya berjumlah hampir RM200,000 untuk 500 pemenang melalui kempen Jom Beraya Jom Menyimpan 2021.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kempen itu mencerminkan keprihatinan PTPTN terhadap rakyat Malaysia untuk sentiasa mengutamakan simpanan setiap kali musim pera­ya­an.

“Walaupun hari raya diraikan dalam suasana norma baharu, kempen ini pastinya akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri kali ini dengan hadiah lumayan yang disediakan.

“Promosi kempen yang dilaksanakan bermula 1 Mei sehingga 31 Mei ini menawarkan hadiah utama duit raya berjumlah RM8,000 bagi Cabutan Peringkat Nasional, manakala duit raya bernilai RM5,000 adalah

Hadiah Utama bagi Cabutan Peringkat Negeri,” katanya pada majlis pelancaran kempen tersebut secara maya semalam.

Wan Saiful berkata, justeru itu beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk merebut dan ja­ngan lepaskan peluang tersebut dengan simpanan bersih serendah RM100 dalam tempoh promosi, penyimpan layak mendapat satu cabutan dalam Cabutan Peringkat Negeri.

“Manakala bagi simpanan bersih serendah RM300 dalam tempoh promosi pula layak menyertai Cabutan Peringkat Nasional,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, dalam era globalisasi dan keadaan ekonomi dunia terkini, tidak dapat di­sangkalkan lagi tentang keperluan untuk masyarakat mula memikirkan tentang kepentingan penabungan.

“Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, penabungan bukan lagi satu pilihan tetapi merupakan satu keperluan yang perlu kita utamakan demi masa depan keluarga dan anak-anak.

“Bak kata pepatah, ‘Sediakan payung sebelum hujan’. Ung­kapan ini mengingatkan kita agar mempersiapkan diri dengan simpanan untuk menghadapi sebarang musibah pada masa akan datang,” katanya.

Jelasnya, PTPTN turut menawarkan produk Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang sangat berbaloi untuk penyimpan dan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI