fbpx

Pendaki 68 tahun dikhuatiri sesat di Gunung Korbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melancarkan gerakan SAR bagi mengesan seorang pendaki warga emas yang dikhuatiri sesat di Gunung Korbu hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Seorang pendaki lelaki warga emas berusia 68 tahun dikhuatiri sesat semasa mendaki Gunung Korbu yang berketinggian 2,183 meter bersama seorang rakan di sini hari ini.

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan lelaki itu dijalankan pagi tadi oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh diketuai Komander Operasi, PB Saiful Habtur Rahman Shakirin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Perak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 10.24 malam tadi.

Menurut kenyataan tersebut, mangsa dikenali sebagai, Tee Kong Tiong bersama rakannya berusia 42 tahun telah mendaki gunung berkenaan pada Jumaat lalu dan mereka telah bermalam di Kem Seroja yang terletak pada ketinggian 800 meter.

“Mereka kemudian meneruskan pendakian pada Sabtu lalu menaiki puncak Gunung Gayung yang berketinggian 2,173 meter seterusnya ke Gunung Korbu,” katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun dipercayai hilang pada sebelah petang di Gunung Korbu ketika dia berpatah balik menuju ke Kem Seroja.

Sehingga pagi tadi mangsa masih belum ditemui dan gerakan SAR masih diteruskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI