fbpx

15 kedai di Pantai Morib musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Deretan 15 buah kedai di Pantai Morib terbakar, petang tadi.

KUALA LANGAT – Sebanyak 15 buah kedai musnah dalam kebakaran dipercayai akibat litar pintas dalam kejadian di Pantai Morib, Banting di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 2.14 petang dengan dua buah kenderaan peronda polis ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Katanya, ketika kejadian hanya dua buah kedai sahaja beroperasi di lokasi kejadian.

“Seramai 16 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan Telok Panglima Garang terlibat dalam operasi pemadaman selama dua jam itu.

“Keseluruhan kerosakan melibatkan 60 peratus deretan kedai meliputi bumbung, barangan elektrik seperti peti ais, mesin air tebu dan peralatan dapur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, bagaimanapun kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan berpunca dari litar pintas,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI