fbpx

53 individu dikompaun gagal patuhi PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 53 orang dikompaun kerana gagal mematuhi SOP PKPP di Sitiawan malam kelmarin.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Seramai 50 pelanggan dan tiga pemilik premis dikompaun kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah restoran di Sitiawan dekat sini malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim berkata, pihaknya mengeluarkan kompaun kepada semua mereka terdiri daripada 40 lelaki dan 13 perempuan itu.

Katanya, polis turut menahan seorang lelaki kerana cuba menghalang tugasan pihaknya dalam serbuan itu.

“Serbuan dilakukan terhadap sebuah restoran berhawa dingin di tingkat 2, Jalan Central, Sitiawan dekat sini pada malam minggu itu dan didapati gagal mengikuti prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Kegagalan mematuhi SOP iaitu aktiviti dalam restoran tersebut dihadiri ramai orang sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan sosial dan tidak mengambil langkah pencegahan di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (NO 7) (PPPPPB) 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Boo Khim berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan Pasukan Petugas Khas Pematuhan PKPP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata, empat anggota Tentera Laut Diraja Malaysia telah membuat pemeriksaan pematuhan SOP PKPP ke atas restoran tersebut.

Katanya, ketika pemeriksaan didapati bahawa restoran tersebut dilanggani lebih kurang 53 orang termasuk tiga penjaga premis, dan mereka sedang makan serta turut dihidangkan minuman keras.

Boo Khim memberitahu, pihak polis kemudiannya telah mengeluarkan kompaun ke atas kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 32 tahun yang berada dalam premis tersebut.

Katanya, mereka dikompaun di bawah Peraturan 3 PPPPPB bagi kesalahan di bawah Jadual Aktiviti terlarang Bilangan 11 iaitu apa-apa aktiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI