fbpx

Kek Batik Kerong, Dilwale idea Dayang Fatimah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gerai M&D Kek Lapis yang terdapat di Lorong 5 Kampung Gersik.

KUCHING – Kewujudan pelbagai perusahaan dan penambahan syarikat menghasilkan kek lapis Sarawak tidak mematahkan semangat Dayang Fatimah Awang Zain, 41, untuk terus konsisten dan bersaing secara sihat di negeri tersebut.

Menurut pemilik M&D Kek Lapis Sarawak ini, meskipun perniagaan membuat kek lapis menjadi antara perniagaan paling popular khususnya di perkampungan Melayu di Seberang Tebingan

Kuching itu tetapi beliau memiliki cara terbaik untuk memenangi hati pembeli.

Jelas Dayang Fatimah yang mula menceburi perniagaan itu sejak tahun 1998 itu, rahsia kejayaannya adalah dengan mengekalkan kualiti produk kek lapis yang diwarisi secara turun-temurun.

Sehingga kini, beliau menawarkan kira-kira 70 jenis kek lapis yang dipasarkan di sekitar bandar Kuching dan di luar bahagian seperti di Sibu dan Miri serta ke negara Brunei Darussalam.

Berbekalkan ilmu asas membuat kek lapis daripada ibu saudaranya di Kampung Gersik, wanita ini mula memberanikan diri mengambil tempahan peribadi dalam kalangan saudara-mara dan rakan-rakan sebelum menjadikannya sebagai perniagaan serius pada tahun 2008.

Dayang FATIMAH menunjukkan salah satu produk kek lapisnya.

“Dari situ, saya mula mencipta resepi dan reka bentuk kek lapis sendiri untuk menampakkan perbezaan dan keunikan produk berbanding pengusaha lain.

“Antara kek lapis buatan saya sendiri adalah Batik Kerong, Oren Cheese, Mariamar dan Dilwale (berempah).

“Saya juga memfokuskan soal promosi kek yang mana saya gemar bertemu dengan ramai orang selain melawat ke pelbagai tempat seperti di Sibu dan Miri untuk memasarkan produk,” katanya.

Ibu kepada tiga anak itu memberitahu, penyertaannya sebagai salah seorang sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sejak tahun 2007 turut membantunya dalam memperluaskan lagi pasaran produk sedia adanya.

“AIM juga telah memberikan bantuan pinjaman modal yang kini jumlahnya telah mencecah RM471,500.

“Daripada modal terbabit, saya mampu membina sebuah kilang yang lengkap dengan peralatan-peralatan untuk membuat kek.

“Kapasiti pengeluaran kek juga bertambah kepada antara 300 hingga 400 biji kek sehari,” jelasnya.

Menurut Dayang, sewaktu Hari Raya Aidilfitri, permintaan kek lapis mampu mencecah sebanyak 3,500 biji sehari sehingga terpaksa menolak sebahagian permintaan ekoran kekangan masa dan tenaga kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI