fbpx

Fokus Verstappen hanya menangi perlumbaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN sekadar meraih kedudukan podium kedua pada aksi GP Portugal selepas tewas kepada Hamilton. – AFP

PORTIMAO – Pemandu Red Bull Racing (RBR), Max Verstappen menegaskan tumpuannya ketika ini hanyalah mengenai perlumbaan dan enggan memikirkan cara untuk memberi tekanan kepada Lewis Hamilton selepas pemandu Mercedes itu merekodkan kemenangan di Grand Prix (GP) Portugal malam kelmarin.

Verstappen yang menamatkan perlumbaan tempat kedua semalam dilihat menjadi pencabar kepada Hamilton dalam perebutan gelaran juara dunia selepas hanya dipisahkan lapan mata dengan pemandu Mercedes tersebut.

Pemanduan cemerlang yang ditampilkan Verstappen dapat dilihat menerusi tiga podium perlumbaan musim ini dan ramai menjangkakan sekiranya pemandu Belanda itu mengekalkan aksi konsisten dia mampu memberi persaingan sengit kepada juara dunia F1 tujuh kali tersebut.

“Selepas tiga pusingan perlumbaan, segalanya berjalan­ dengan baik. Jentera juga berope­rasi dengan cukup kompetitif terutama dalam keadaan kering, basah dan juga sejuk.

“Tetapi, di sini segala berbeza kerana kami terpaksa mencari pelarasan yang lebih baik agar kami lebih kompetitif seperti di Bahrain dan Imola.

“Pada setiap perlumbaan saya tidak boleh melakukan kesalahan dan perlu mengutip mata sebanyak yang boleh. Pasukan ini tahu apa yang mereka perlu lakukan untuk memburu kejayaan musim ini seperti yang diinginkan.

“Misi kami seterusnya adalah tampil lebih baik di Grand Prix (GP) Sepanyol minggu depan dan cuba melakukan kejutan sekali lagi,” kata Verstappen.

Dalam pada itu, Verstappen kecewa satu mata yang diperoleh menerusi rekod terpantas sepusingan tidak dikira selepas dikesan melakukan kesilapan dengan melebihi had litar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI