fbpx

Cadang tubuh Jawatankuasa Khas Bangunan Usang Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodziah (depan) menunjukkan kerosakan bumbung di blok C Flat Bukit Tinggi, Klang, hari ini.

KLANG – Kerajaan negeri bercadang menubuhkan Jawatankuasa Khas Bangunan Usang Klang bagi meneliti kerosakan yang dialami bangunan di dalam daerah Klang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar serta Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata, ini berikutan begitu banyak rumah serta bangunan berstrata rosak yang memerlukan pembaikan segera.

“Berdasakan kajian dilakukan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mendapati lebih 55 peratus bangunan berstrata di Klang telah melebihi 20 tahun yang perlu diambil perhatian.

“Kerajaan negeri akan melihat beberapa polisi yang boleh dilakukan untuk membaiki bangunan ini walaupun pembaikan bangunan berstrata lebih 20 tahun sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya selepas membuat tinjauan di Flat Bukit Tinggi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rodziah mengumumkan peruntukan sejumlah RM3.47 juta dalam Skim Ceria bagi membaiki sembilan buah blok di flat tersebut yang dikategorikan sebagai kritikal.

Menurutnya, peruntukan tersebut akan digunakan bagi membaiki bumbung, lif dan tangki air di flat berkenaan.

“Flat ini antara empat buah flat di Klang yang perlu menjalani kerja baik pulih segera untuk keselesaan penduduknya.

“Kerja pembaikan di Flat Bukit Tinggi dijangka bermula Jun ini dan diharapkan dapat diselesaikan sebaik mungkin,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI