fbpx

2,500 kes Covid-19; sembilan kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,500 kes Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif wabak tersebut sebanyak 417,512 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 637 kes, diikuti oleh Kelantan sebanyak 401 kes dan Sarawak sebanyak 356 kes.

“Negeri lain ialah Johor (205 kes), Kuala Lumpur (200 kes), Pulau Pinang (194 kes), Kedah (103 kes), Negeri Sembilan (97 kes), Melaka (95 kes), Perak (59 kes), Sabah (57 kes), Pahang (55 kes) dan Terengganu (38 kes).

“Selain itu, Putrajaya merekodkan tiga kes, manakala Perlis dan Labuan masing-masing tidak melaporkan kes baharu hari ini,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat sembilan kluster baharu hari ini dan tujuh kluster tamat, menjadikan sebanyak 1,291 kluster ditamatkan sehingga kini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI